CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 21, 2011

DOA BUAT S.U.A.M.I KU

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Hargailah Isteri Anda Sebelum Terlewat....

Assalamualaikum sahabat di luar sana..
Di sini aku ingin mengupas sedikat isu berkaitan suami isteri..Tapi tajuk yang biasa terpampang di dada akhbar sekarang ni ialah mengenai penderaan terhadap isteri...Wahai para suami..di mana sifat kasih sayang anda? di mana ketulusan hati anda...di mana sikap prihatin anda? di manakah semuanya...Adakah sifat2 tersebut hanya untuk di awal perhubungan... Bila sudah jemu, di layan sang isteri bagai binatang,tidak berperikemanusiaan....Di dera sehingga luka & lebam seluruh anggota badan..ada yang patah tulang selangka, patah pinggang..bagi yang mengandung...anak di dalam kandungan meninggal akibat di tendang oleh si ayah...Bila aku terbaca dalam paper, kadang2 rasa tersentuh dengan penderitaan para2 isteri..Kadang2 aku jadi takut kalau2 terjadi dalam kehidupan kita sendiri... Aku selalu mohon semoga rumah tangga kami sentiasa di limpahi kebahagiaan, kasih sayang sehingga ke ahir hayat kami..  Amin...
Di bawah ni ada sedikit kata2 untuk di renung2kan....

Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka……
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak…

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya susah payah merentasi  titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan 
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
“Wahai Tuhan…
ku tak layak ke syurgamu …
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu …..
“Ya Allah…
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”…….
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
“Laa ilaaha illallah!” x 10


Bertukarnya tempat duduk aku......

Assalamualaikum...
Sekarang 22 Februari 2011..Ari ni juga kedudukan tempatku bekerja dah bertukar..Setelah bermesyuarat minggu lepas.. kami semua telah ditetapkan tempat mengikut ibu masing-masing (ketua yang bertanggungjawab ke atas kami).So, pagi tadi masing-masing men 'setup' tempat sendiri.Ada yang pasang komputer.Kalau pasang komputer mmg kene masuk bawah mejalah sebab nak sambung cable ke CPU..Bagi yang badan comel lote macam aku ni, tak de masalah lah, mn yang badan besar skit, mungkin agak sukar sikit lah nak masuk bawah meja tuh...tempat kecik jer.....nak tak nak kne gak pasang. Kalu tak mcm mn nak buat koje..ye tak???? But i like our new partition...So nice n sweet...Nampak ceria jer...tapi kelemahannya ruang bagi setiap anggota terhad lah n sempit skit..Tak mcm sebelum ni..Takpe, nnti aku upload gambor bagi korang tgk sebelum n selepas k..Cume ada barang yang aku tak de lagilah antaranya pedestal, kerusi..yang sekang ni pinjam owg lain punyer...nak tg jabatan beli lambat lai...Tray in out pun tak dok lai..Tu je kot...yang lain complete dah.. And aku nak limit kan barang aku supaya tak berserabut atas meja ni...Mana yang perlu je...Standart 5S kan...Haa..satu lagi, pihak NPC telah mengesyorkan jabatan kami untuk mendapat  pengiktirafan Sijil 5S, dimana dengan sijil tersebut jabatan kami telah berjaya mengikut standart yang ditetapkan oleh pihak NPC serta jabatan kami juga menjadi contoh bagi jabatan-jabatan lain untuk membuat rujukan.....Alhmadulillah..Berkat kerjasama  kami dalam jabatan kesihatan negeri terengganu... Thank's to all my fwens..
Ni gambar sebelum & semasa merombak barang2 untuk masuk partition baru


Ni gambar selepas pasang partition baru...

Monday, February 14, 2011

SEJARAH VALENTINE DAY...

Assalamualaikum kawan-kawan...Hari ni 14 Febuari 2011 kan??Biasanya kalau orang ingat 14 Feb mesti ingat "Valentine Day"...Bila seluruh manusia menyambut Valentine Days, lebih-lebih lagi orang Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama islam...Maka pada hari ni ramai lah anak-anak muda kita bergelumang dengan maksiat..semata-mata nak buktikan cintanya kepada pasangannya...Haaa..paham-paham jelahka.Tibanya bulan November & Disember ramailah anak luar nikah yang tidak berdosa lahir samada cukup sifat @ tidak dibuang dimerata tempat, ada juga ibubapa yang membunuh bayi tersebut tanpa rasa belas kasihan bagi menutup aib diri sendiri.Dan terpampanglah di dada-dada akhbar akan berita sedemikian... Di mana rasa perikemanusiaan kita? Dimana rasa kasih sayang kita? Dimana tanggungjawab kita???Tepuk dada tanya diri sendiri...Haaa..paham-paham jelahkan....Ini disebabkan kurang didikan agama, kurang perhatian dari ibu bapa dan yang paling penting salah pilih kawan...Kat sini aku nak kongsi sedikit maklumat mengenai sejarah Valentine Day.Renung-renungkan dan selamat beramal....

Sejarah Valentine's Day

Sebenarnya ada banyak versi yang tersebar berkenaan dengan asal-usul dari Valentine's Day, namun pada umumnya kebanyakan orang mengetahui tentang peristiwa sejarah yang dimulai ketika dahulu kala bangsa Romawi memperingati suatu hari besar setiap tanggal 15 Februari yang dinamakan Lupercalia. Peringatan hari besar ini dirayakan untuk menghormati Juno (Tuhan Wanita) dan Perkawinan, serta Pah (Tuhan dari Alam). pada saat itu digambarkan orang-orang muda (laki-laki dan wanita) memilih pasangannya secara diundi, kemudian mereka bertukar hadiah sebagai pernyataan cinta kasih. Dengan diikuti berbagai macam pesta dan hura-hura bersama pasangannya masing-masing.

Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama–nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara acak dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan obyek hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan srigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut karena anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur.


Ketika agama Kristen Katolik menjadi agama negara di Roma, penguasa Romawi dan para tokoh agama katolik Roma mengadopsi upacara ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity). Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St.Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (lihat: The World Book Encyclopedia 1998). The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menuliskan ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorang di antaranya dilukiskan sebagai yang mati pada masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa “St. Valentine” termaksud, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yang berbeda. Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II memerintahkan menangkap dan memenjarakan St. Valentine karena menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih dan menolak menyembah tuhan-tuhan orang Romawi. Orang-orang yang mendambakan doa St.Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya.


Versi kedua menceritakan bahwa Kaisar Claudius II menganggap tentara muda bujangan lebih tabah dan kuat dalam medan peperangan dari pada orang yang menikah. Kaisar lalu melarang para pemuda untuk menikah, namun St.Valentine melanggarnya dan diam-diam menikahkan banyak pemuda sehingga iapun ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M (lihat: The World Book Encyclopedia, 1998). Kebiasaan mengirim kartu Valentine itu sendiri tidak ada kaitan langsung dengan St. Valentine. Pada 1415 M ketika the Duke of Orleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenang St.Valentine 14 Februari, ia mengirim puisi kepada istrinya di Perancis. Kemudian Geoffrey Chaucer, penyair Inggris mengkaitkannya dengan musim kawin burung dalam puisinya (lihat: The Encyclopedia Britannica, Vol.12 hal.242 , The World Book Encyclopedia, 1998).


Lalu bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?” Ken Sweiger dalam artikel “Should Biblical Christians Observe It?” (www.korrnet.org) mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang berarti : “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”, hal itu berarti melakukan perbuatan yang dimurkai Tuhan (karena memintanya menjadi “Sang Maha Kuasa”) dan menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah putra Nimrod “the hunter” dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri! Namun dari berbagai versi legenda tadi sejarah yang paling diterima oleh berbagai sumber publikasi sejarah adalah sebagai berikut:
>> NB: Dikutip dari berbagai sumber.<<

Thursday, February 10, 2011

SUKA SUKI DI ZOO MELAKA

Assalamualaikum....Lama gak aku tak jenguk2 blog aku ni...ni baru berkesempatan..Bukan aper, kene tunggu Shakir tido dulu, baru leh buka labtop...Kalau tak, dia pun sama juga nak join aku tulis blog ni....heheh...
Actually.....
Bertarikh 8/2/2011 Jam 12.00tgh aku,my MR.K, Shakir, mak mertua, n kakak ipar aku wit her sons come to join us gi Zoo Melaka...Xcited gak aku nak g zoo... Aku rasa lama bebenor tak pegi zoo...Bawa Shakir, lagi lah die suke...AKu singgah umah kakak ipar aku kat Taman Rembia Perkasa,n trus gerak ke Zoo Melaka.Dalam kul 1.00 tgh kitaorg sampai...Matahari tok sah ckp, terpacak atas kepala...demi nak jalan2 kat zoo...kami redah jeeeerrr...Tiket bagi dewasa RM 7.00...ok lh kot harga tu..dah bnyak penambahbaikan dibuat..Bermula perjalanan kami menjelajah satu zoo ni...Seronok gak...sambil jalan2, tangkap gambar...Gune kamera adik ipar aku (nana)..Kamera nikon...ala, yang mcm photographer slalu gune tu...memang cantik ar gambor dier..nnti aku upload gambarnyer k..




.
Erm...rasa2 sampai setengah perjalanan kami menjelajah zoo...mula lah rasa lapor, kaki lenguhh, peluh menitik2,tok sah citer...letih giler...rasa nak cepat jer sampai ke penghujung zoo ..tapi kenyataannya jauh lagi...waaaaaaaa....letih bangat....Erm..nak tak nak, kami teruskan perjalanan...si anak2 kecil mula meragam..nak2 anak buah aku si Alia...Cian die..baru 4 bulan..dah jalan2 ikut mama ida..tapi die melalak sebab haus..aku ni ha yang dah besor  ni pun haus + letih..ni kan die.....cian dier..tapi tak pelah...alia nak kenal dunia luar..kan..kan...Jalan punye jalan, kami stop di kandang "cHapuchi" nama saintifik bagi monyet ni..memang cute..tapi bile dekat ngan monyet ni..
Nilah monyet yang aku cakap tu....tomeiiii but bucuk

.Mak aihhh busuk capaleh..aku rasa bertahun monyet ni takmandi...naik pening pale aku...hahah...Kitaorg pun truskan perjalanan...Yessss...akhirnya..smpai juga ke penghujung zoo ni...Seronok giler...Mcm nak lompat2 jer...tapi tak leh arrr...malu dek org....ngeeeehhhh....Sempat lagi bergambar sebelum meninggalkan zoo...Lepas ni ntah bile plak nak dtg lagi....Erm..tgk lah gmbo yang upload ni ek...

Wednesday, February 2, 2011

Apa itu 5S? Wajarkah Sistem 5S di terapkan dalam setiap jabatan kerajaan @ swasta?

Salam Satu Malaysia Buat Sahabat Di Luar Sana...:)


Hari ni, ada lagi program gotong-rotong yang ntah bila nak abis agaknya...Semalam 1 Febuari 2010 Bahagian Audit Dalam telah datang ke unit pengurusan untuk mengaudit unit kami sempena Kempen 5S yang di anjurkan oleh NPC.Pre Audit yang sebenar akan berlangsung pada 14 Febuari 2011 dimana pada hari tersebut kami akan diaudit oleh NPC dan sekaligus keputusan akan diterima samada jabatan kami layak @ tidak untuk memperolehi Sijil QE ni.Harapan aku dan unit pengurusan sgt tinggi sebab selama 1 bulan kami bergotong royong untuk mencantikkan lagi tempat kerja kami supaya lebih kemas, teratur, dan kita selesa untuk bekerja...Banyak proses yang telah kami lakukan iaitu mengecat, buat labeling dan banyak lagi lah. Dan aku rasa berpuas hati dengan apa yang kami lakukan. Pendapat kau, better seluruh jabatan kerajaan dan swasta patut amalkan sistem 5s ni...Di bawah ni ada sedikit penerangan mengenai 5S dan gambar semasa gotong royong...

 Sempat lagi berposing sebelum gotong-royong...hehe

 Kerja-kerja menanggalkan bendasing yang degil giler...payah betul nak hilangkan kotoran tersebut.Dah macam cleaner lak ni...huahua
 Ni nak keje ke nak menyengih.....;)
 Kasi cat satu wisma persekutuan lah bro azrul...ape barang cat pintu jerk ni....
 Haaa, ni tempat stationery aku yang telah dibuat parking sendiri bg setiap barang...canteeeekkkan....
 Bahagian dokumen yang sudah dibuat label dan parking
 Sebelum di cuci dan di kikis...comot kannn
 Sudah dibersihkan dan di tampal dengan salotip baru...ok lah kot
 Sental kasi kaut sikit mok ncik....chayok...chayok...
Ni lah meja aku...kemaskan....Semua barang telah dilabel dan parking..Baru syok nak keje

Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.
Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.
Sapu (Seiso)
Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.
Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.
5S Tingkat Produktiviti Organisasi
"Mulai tahun ini, Unit Pembangunan Sumber Manusia (Jabatan Ketua Menteri) akan memperkenalkan 5S – Seiri, Seiton, Seison, Seiketsu dan Shitsuke. 5S melibatkan program penyertaan menyeluruh sesebuah organisasi dan adalah kaedah paling efektif untuk memotivasikan seseorang, serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja. Ia sungguh mudah dan murah untuk dilaksanakan. Keberkesanannya juga berpanjangan. YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan Ucapan Perdana 2004
5S Penyelesaian Bijak
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).
Objektif Utama Program 5S

 Membina budaya Kaizen di tempat kerja

 Membina kerjasama melalui penyertaan semua

 Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

 Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

 Pendekatan Kaizen

 Pendekatan Inovasi

Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :

 Mengamalkan budaya kerja 5S

 Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

 Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

 Meluangkan masa untuk 5S

 Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

 Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Pelaksanaan
Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

 Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
 Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
 Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
 Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
 Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

 Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
 Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
 Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
 Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

 Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
 Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

 Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
 Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
 Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S

Keenam -Persijilan 5S

 Pertandingan antara organisasi 5S
 Anugerah amalan 5S
 Organisasi model