Salam Satu Malaysia Buat Sahabat Di Luar Sana...:)
Hari ni, ada lagi program gotong-rotong yang ntah bila nak abis agaknya...Semalam 1 Febuari 2010 Bahagian Audit Dalam telah datang ke unit pengurusan untuk mengaudit unit kami sempena Kempen 5S yang di anjurkan oleh NPC.Pre Audit yang sebenar akan berlangsung pada 14 Febuari 2011 dimana pada hari tersebut kami akan diaudit oleh NPC dan sekaligus keputusan akan diterima samada jabatan kami layak @ tidak untuk memperolehi Sijil QE ni.Harapan aku dan unit pengurusan sgt tinggi sebab selama 1 bulan kami bergotong royong untuk mencantikkan lagi tempat kerja kami supaya lebih kemas, teratur, dan kita selesa untuk bekerja...Banyak proses yang telah kami lakukan iaitu mengecat, buat labeling dan banyak lagi lah. Dan aku rasa berpuas hati dengan apa yang kami lakukan. Pendapat kau, better seluruh jabatan kerajaan dan swasta patut amalkan sistem 5s ni...Di bawah ni ada sedikit penerangan mengenai 5S dan gambar semasa gotong royong...
Sempat lagi berposing sebelum gotong-royong...hehe
Kerja-kerja menanggalkan bendasing yang degil giler...payah betul nak hilangkan kotoran tersebut.Dah macam cleaner lak ni...huahua
Ni nak keje ke nak menyengih.....;)
Kasi cat satu wisma persekutuan lah bro azrul...ape barang cat pintu jerk ni....
Haaa, ni tempat stationery aku yang telah dibuat parking sendiri bg setiap barang...canteeeekkkan....
Bahagian dokumen yang sudah dibuat label dan parking
Sebelum di cuci dan di kikis...comot kannn
Sudah dibersihkan dan di tampal dengan salotip baru...ok lah kot
Sental kasi kaut sikit mok ncik....chayok...chayok...
Ni lah meja aku...kemaskan....Semua barang telah dilabel dan parking..Baru syok nak keje
Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.
Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.
Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.
Sapu (Seiso)
Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.
Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.
5S Tingkat Produktiviti Organisasi
"Mulai tahun ini, Unit Pembangunan Sumber Manusia (Jabatan Ketua Menteri) akan memperkenalkan 5S – Seiri, Seiton, Seison, Seiketsu dan Shitsuke. 5S melibatkan program penyertaan menyeluruh sesebuah organisasi dan adalah kaedah paling efektif untuk memotivasikan seseorang, serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja. Ia sungguh mudah dan murah untuk dilaksanakan. Keberkesanannya juga berpanjangan. YB Datuk Amar Haji Abdul Aziz Husain, Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menyampaikan Ucapan Perdana 2004
5S Penyelesaian Bijak
Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.
Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
Mengapa Perlu 5S?
Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.
Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.
Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).
Objektif Utama Program 5S
Membina budaya Kaizen di tempat kerja
Membina kerjasama melalui penyertaan semua
Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:
Pendekatan Kaizen
Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :
Mengamalkan budaya kerja 5S
Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
Meluangkan masa untuk 5S
Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Pelaksanaan
Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.
Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)
Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan
Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan
Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S
Keenam -Persijilan 5S
Pertandingan antara organisasi 5S
Anugerah amalan 5S
Organisasi model












0 comments:
Post a Comment